Thursday, April 12, 2012

Cerita 3 Hari

Assalamualaikum cinta...

hye..lama tak menulis...

last monday pukul 10 pagi kitaorang bertolak ke Cameron Highland.best..first time jalan jauh..seronok..plan da lama tapi tak sangka jadi juga pergi ke sana..terima kasih..

sampai sana lebih kurang pukul 2 ptg..sejuk dan hujan turun sepanjang ktorg naik..risau juga..tapi bukan sorang kan...

Alhamdulillah akhirnya sampai juga..

destinasi pertama Bharat Teh Plantation..teh house kat lereng bukit yang penuh dgn pokok teh..yang macam hamparan carpet...saujana mata memandang..Subhanallah..serius cantik sangat..sejuk sangat..

then, kitaorang cari ladang strawberi..Red Big Strawberi Farm....hajat hati nak petik sendiri tapi tak tercapai sebab sekarang belum musim buah..huhu..sekarang buah tu belum masak..so kitaorang beli buah tangan je..

bersebelahan dengan tu adalah kedai pokok kaktus..banyak..macam-macam kaktus ada..

hah lupa sebelum tu kitaorang pergi Bee Farm..tapi tak turun sebab hujan ...

then lebih kurang pukul 7 kitaorang bertolak turun...

Alhamdulillah walaupun tak banyak tempat kitaorang pergi tapi best sangat...serius cantiknya tempat tu..

hari kedua...

pagi tu kitaorang pergi JPJ renew lesen yang da expired 7/4..hewhewhew..

dia yang turun sebab saya malas..hahaha...boleh pulak kan..siapa yang punya lesen ntah..

setelah lebih kurang 15 minit..

dia datang balik cakap orang tu mintak gambar...

adehh..mana nak cekau ni..dengan muka yang sememeh ni nak pergi ambil gambar..alahai

then,dia call somebody..
dia masuk balik then after few minutes

tarar..da siap!  Alhamdulillah

then, pergi singgah workshop sebab alarm kereta rosak..tapi tak boleh nak betul pulak.. orang tu kata kena pergi produa centre..pulak..

kitaorang pun pergi yang terdekat tapi orang tu tak boleh tengokkn pulak..sebab kereta banyak..dia suruh pergi dekat batu berendam..adoiai

da alang-alang tu pergi la servis kereta terus..

siap..tapi alarm tetap tak boleh guna sebab spare part takdak..

malam tu pulak kitaorang sesat di lebuhraya utara-selatan..huhuhu

hari ketiga...

petang tu pergi jalan-jalan pusing merlimau...then pergi makan..best3

tapi hari ni..dia dah nak bepergian..4 hari trip ke Vietnam...cepatla hati isnin...semoga selamat pergi dan selamat kembali...:)

Wednesday, March 28, 2012

PENAT

Assalamualaikum wbt

Hye bloggerz..(:

minggu yang sangat busy dan memenatkan lagi meletihkan..

esok je tinggal lepas tu cuti satu hari..fuhhh

satu hari yang sangat berharga..yang paling di tunggu-tunggu.. OFF DAY!

kenapa la sister buat jadual aku macam tu..ingat aku robot tak reti rehat..tak tau apa maknanya strees..adoiai..

letihnya kerja...

susah rupanya nak cari duit ni..

demi sesuap nasi yang halal...

Insya Allah.. aku kuat!

Tuesday, January 31, 2012

Selamat Tinggal Januari

Sekejap je dah nak meninggalkan bulan januari..macam tak percaya rasa macam baru je masuk tahun baru semalam tiba-tiba hari ni dah nak masuk bulan baru..so fast..bagi orang yang tidak menghargai masa memang betul-betul rugi!

time is money! hewhewhew (tu ayat businessman..cet T_T)

kalau budak-budak sekolah yang  bakal menduduki peperiksaan lagi la..nanti tau-tau je esok da nak start exam..waaa dasyat tu kalau tak prepaired..mahu nya menangis tak berlagu..blank masa exam..so study smart adik-adik!

eh..kenapa aku macam tak percaya ni...

da nak masuk setahun aku bekerja rupanya..ngeh3

berjaya juga aku mengharungi setahun ni..Alhamdulillah..syukur Ya Allah..terima kasih sebab beri aku kesabaran dan ketabahan dalam mengharungi seribu satu dugaan..almaklumla freshie..sedih woo

kadang-kadang bila terlalu stress tu rasa macam nak berhenti je..masa tu la terfikir kenapa la tak ada orang kaya yang nak melamar aku ni...( waaa ayat tak boleh bla kan budget muka lawa macam artis nak dipinang lelaki kaya??..hohoho)

so aku da jumpa satu solution yang boleh menghilangkan stress..mujarab juga la bagi aku..nak tau??

jeng jeng jeng...

BERIADAH..

serius..tak tipu..mula-mula rasa malas tapi bila dah try..berhasil la..

lagi best kalau pergi beramai-ramai...masa tu rasa fikiran tu lapang je..walaupun tiba-tiba jadi macam kanak-kanak riang sikit la..main kejar-kejar  dan yang paling best beriadah ni dapat la keluarkan peluh..boleh la kuruskan badan secara tak langsung..hehehehe +__-

p/s: walau apa pun yang kamu buat..stress tu memang WUJUD..so kena belajar cara menangani stress dengan bijak..so bila da terlalu stress berhenti sebentar pejam mata dan tarik nafas dalam-dalam..insya Allah

Wednesday, January 25, 2012

Aku Pemalas TAPI Bukan Pengotor!

Aku terlalu sukakan kesempurnaan..tapi rasanya belum tahap yang menganggu-gugat orang sekeliling kan?? rasanya belum lagi..aku suka suasana bersih dan teratur..rasa selesa kalau keliling kita bersih dan teratur kan??

cuba korang balik kerja penat-penat then tengok rumah serabut dengan lantai ada rambut sana-sini..then tempat sampah macam tempat pengumpulan sampah..

then kasut tunggang-langgang even ada rak kasut..baju gantung sana-sini macam tak ada tempat penyidai walaupun da kering tak nak lipat..bilik air kotor..bla bla bla

aku bukan manusia yang terlalu pembersih tapi at least aku tak suka benda yang kotor dan serabut..

nak marah?? owh tak mungkin..nanti orang tak selesa..

nak membebel?? kau ingat semua budak tak cukup umur lagi ke nak kena bebel??

apa yang aku boleh buat...

kemas je jangan banyak bunyi ok..

bukan rajin tau..kau ingat aku rajin sangat ke??

aku PEMALAS tau..tapi disebabkan aku tak selesa dengan keadaan seperti yang dinyatakan di atas jadi aku kemas..aku TAK RAJIN tau!

ok i'm done! T__T

paling-paling pon kalau aku tak tahan aku balik rumah mama..ngeh3
lucky my family orang sini juga! +__-

p/s: ALLAH suka benda yang cantik..cantik luar dan dalam ok!

Percayaku

Assalamualiakum wbt..

Hye..semalam kan saya jumpa beliau then beliau nyanyikan saya lagu ni..nanti saya letak eh..lirik lagu ni puitis..untuk orang yang tengah bercinta lagi la kan..tapi lagi manis kalau seorang itu bernama suami lagi indah rasanya..doakan kami ya!


Aku tak tahu apa yang kurasakan
Dalam hatiku saat pertama kali
Lihat dirimu melihatmu
Seluruh tubuhku terpaku dan membisu
Detak jantungku berdetak tak menentu
Sepertinya aku tak ingin berlalu

Berikan cintamu juga sayangmu
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku

Ku berikan cintaku juga sayangku
Percaya padaku ku ‘kan menjagamu
Hingga akhir waktu menjemputku
Saat ku tahu kau akan pergi jauh
Izinkan aku ‘tuk selalu menatimu
Untuk katakan ku ingin dirimu
Agar kau tahu betapa ku terlalu
Mencintaimu aku akan menunggu
Hingga dirimu kembali untukku

Tolonglah aku bagaimana diriku
Ungkapkan itu rasa yang membelenggu
Dalam hatiku ku cinta padamu


p/s:have a nice day kawan..semoga kamu juga mendapat kebahagian yang kamu dambakan..insya Allah..ameen


Monday, January 23, 2012

cuti satu hari!

assalamualaikum wbt...

hye kawan-kawan..semoga semuanya sihat dan sentiasa berada dalam lindungan-Nya..

hari ni kita orang satu family breakfast dekat tepi pantai pengkalan balak..yela cuti-cutini harusla dipenuhkan dangan aktiviti yang berguna ye dak?

semalam penat aku merayu dengan budak-budak satu ward sebab nak cuti punya pasal..mestila sebab kakak aku satu family balik tau..waa macam besar sangat je family dia..padahal dia,husband dan si comel baru 'dapat kaki'adib!

so semalam lepas maghrib aku berangkat la balik rumah..ceh macam kampung aku kat kl..hewhewhew

teruja sangat jumpa adib sebab si kenit tu da pandai jalan..tekedek-kedek je aku tengok..hehe

petang ni dia orang da nak balik jb..esok pon sekolah da bermula..takpela nanti lain kali jumpa lagi ye!

sebenarnya apa yang ak nak cerita ek?? hurmmmm...

ooo..alkisah..pernah dengar tak lagu di sana menanti di sini menunggu??

aku rasa sekarang macam dalam dilema pulak..takpela tu kita cerita next entry la ye..

akhir kalam selamat bercuti...jaga diri hiasi peribadi..

wassalam!

Sunday, November 20, 2011

cerita 5 hari!

Assalamualaikum wbt...

hye semua..semoga sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya..

last month aku minta cuti for 5 days ok konon-konon nak pergi bercuti dengan member satu ward so cuti nya da pon lulus tapi....last minit eh eh bukan tapi satu hari sebelum nak bertolak member aku mesej..
" weh mak aku tak bagi pergi la..banjir! "

ermmm...sabar je la..aku da nak packing barang tiba-tiba tak jadi pergi...hancur hatiku..hwaaaa :'(

penat planning sebulan yang lalu...

ayah aku pon da bagi green light..bukan senang woo ayah nak bagi pergi..tapi tup tup tak jadi pergi pulak...:(

ayah aku pon pelik jugala kan...sebab aku nak pergi perak..bukannya banjir pon..kalau banjir pon area sempadan kedah kot..tapi ntahla da mak dia tak bagi takkan aku nak paksa pulak...

so untuk mengurangkan rasa tak best aku tu yela cuti 5 hari takkan nak makan tidur tengok tv je kan...so abang ND aku yang baik hati pon ajakla aku temankan dia ke Jab. laut kat klang nun..ok la juga kan...then singgah la jenguk kekasih hatinya kat UKM tu...pergi mines jap tengok movie ' happy feet 2'...best best ;)

then, hari jumaat yang lalu ( cehh ayat nak macam karangan..hehehe)
kitaorang satu family pergi holiday kat PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON,N9... best best..hotel ni betul-betul kat kaki bukit tanjung tuan...so da nama pon dekat kaki bukit so apa la namanya jika tak mendaki bukit tu kan...hehehe:)

so pagi sabtu lepas sarapan nasi lemak kitaorang pon buat sesi mendera lemak-lemak kat badan la kan..hehehe..penat juga mendaki bukit tu belum daki gunung...hewhewhew

yela da lama kot tak buat aktiviti macam ni..last rasanya masa zaman sekolah dulu..:)

yang tak bestnye masa bercuti ni aku selsema ++ diarrhea..waaaa ni sume gara-gara main air lama sangat dan kitaorang makan kat kedai mamak..waa da la tak sedap tapi da lapar punya pasal..adoiai!

tapi apa-apa pon cuti tu memang best!

see.. walaupun aku tak dapat pergi bercuti kat perak ALLAH tetap gantikan dengan sesuatu yang lebih baik mungkin kalau aku jadi pergi perak tu aku tak segembira macam kat PD ni..betul tak?

tu la kadang ALLAH beri hujan bila hari cerah..so kita merungut sebab hujan tapi kita tak tahu sebenarnya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang cantik!

p/s: kita hanya merancang sedang ALLAH da tentukan segala-galanya...ALLAH tahu apa yang terbaik buat hambaNya!