Friday, December 31, 2010

Tersenyum..;)

Assalamualaikum wbt...

Seminggu yang lepas ni agak sibuk la...da start kerja kat Taska Permata Hospital Melaka..pagi lepas subuh dah keluar rumah..petang baru balik...penat tapi saya happy...hari-hari layan kerenah kanak-kanak...mereka buat saya gembira,tersenyum, marah,geram dan semua perasaan yang saya ada la...

tadi baru berkesempatan tengok facebook,email dan blog ni...TERSENYUM...

erm da bertambah followers...SERONOK!

walaupun tak ramai tapi saya teramat lah menghargai kalian semua...

TERIMA KASIH ye...T___T

Saturday, December 25, 2010

Mencari calon ...+__-

Hye..salam ukhwah buat semua bloggez semoga semuanya berada dalam keredhaan Allah SWT…insya Allah..ameen.. +___-

Jumaat lepas aku tengok program Al-Hidayah dekat TV3 tu..korang semua tau kan?? Muka beriman sikit..ecehceh..

Masa slot munahakat kalau silap..ada sorang audien ni tanya soalan macam mana nak dapat anak-anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jawab…senang je nama kan je anak-anak tu soleh dan solehah..kehkehkeh…oppss! ok ok tak lawak..hohohoho T__T

Bukan.. ustaz tu tak jawab camtu..hehehe +__+

Ustaz tu cakap da menjadi tanggungjawab si bapa atau si ibu itu sendiri untuk mencari calon suami atau isteri dari kalangan yang baik-baik terutama dari segi agamanya..itu yang utama supaya mendapat bakal anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jugak ada la cerita satu kisah di zaman Rasulullah SAW…telah datang seorang lelaki bertanyakan kepada nabi perihal anaknya yang sangat degil dan tidak mendengar kata.. jadi Rasulullah SAW pun memanggil anak lelaki tersebut..

Rasulullah : wahai pemuda kenapa kamu degil dan tidak mendengar kata? (lebih kurang la ayatnya..;)

Pemuda : Ya Rasulullah aku jadi begini adalah disebabkan ayahku sendiri..kerana dia telah menidakkan hak ku!

Rasulullah : apa hak mu wahai pemuda?

Pemuda: yang pertama dia telah menidakkan hak ku untuk mendapat ibu yang baik! Kedua dia menidakkan hak ku untuk mendapat nama yang baik! (sorry aku telupa apa nama budak lelaki ni..yang pasti maksud nama budak lelaki ni teruk la) ketiga, dia menidakkan hak ku untuk mendapat ilmu agama yang sempurna!

***************************************

Ingatlah tanggungjawab korang bermula semasa mencari pasangan hidup lagi! Bukan bermula masa da berumah tangga. Mencari pasangan hidup ni bukan untuk mencari yang sepadan, yang handsome,comey atau yang sedap mata memandang TAPI mencari pasangan yang boleh menjadi imam buat kita dan anak-anak kita, yang boleh mendidik anak-anak kita..

Bukan mencari pendamping kita sahaja tetapi untuk jenerasi yang akan datang.. samada jenerasi akan datang berguna, beragama atau tidak..kita bakal ibu bapa lah yang menentukannya..alalala tiba-tiba rasa macam tengah berpidato pulak..ada bakat ni..walawey..=p

So korang-korang di luar yang sana yang bijak pandai mesti dapat tangkap apa yang aku ceritakan ni kan kan?? Bagus..so carilah bakal isteri dan suami yang baik terutamanya dari segi agamanya..baik agama insya ALLAH baiklah semuanya..wallahualam
(-__-")

Friday, December 24, 2010

Assalamualikum wbt

hye selamat malam...-__+

baru lepas mengcantikkan blog ni..cantik tak?? cakap cantik kalau tak siap korang! hah tau pun takut..kehkehkeh

penat juga ye..aku tengok blog orang lain kemain cantek lagi..rajin nya diaorang ni..ok la ni..cantek ape aku punya blog..acehceh puji diri sendiri kot..diam la kau.. suka jiwa aku la...wekkks =p

ala sebenarnya cantek ke tak cantek ke bukan penting sangat.. yang penting apa yang ada kat dalamnya..info apa yang ada dan yang paling penting apa yang mereka di luar sana dapat lepas baca blog kau yang cantek ni.... kunun cantek la.. eh eh tadi kau kata cantek..;)

cantek tu penting juga lah..kalau tak cantek..buruk je takde jugak orang nak singgah...biasalah mata kita ni nak tengok benda yang cantek je..tapi luar tak semesti sama dengan dalam tau! kalau tak takde la orang susah-susah buat pepatah "dont judge a book by its cover!" kan kan??

macam tu jugalah manusia..orang akan mudah tertarik dengan kita melalui luaran...tapi mereka-mereka selalunya tertipu...sebab luaran tak sama dengan dalaman yakni perangainya,tingkah lakunya, adabnya, dll

tiba-tiba teringat masa kecik-kecik..waktu tu tengah makan dengan kakak..biasa budak-budak makan mesti kena ada kicap (manis cap udang..promosi wehh!)walaupun tak pedas mana pun..nak dipendekkan cerita nanti korang boikot pulak kalau panjang-panjang..ok ok..dekat botol kicap tu ada la dia tampal..

PERINGATAN! elakkan dari dimasukki serangga seperti lipas, semut dll

kakak: dll ni apa?? (sambil tunjuk kat botol kicap tu)

ella: entah..dan lalat-lalat kot..

kakak: agaknya la..(senyum dan teruskan menguyah)


ok..kat mana tadi?? da melalut pulak! T___T

haah tu la mata kita selalu kena tipu dengan apa yang kita lihat..sebab tu la kita dibekalkan dengan otak supaya berfikir mana yang baik dan buruk! dan kita ada mata hati..pernah dengar kan?

sama lah juga kalau nak cari bakal suami ke isteri ke..jangan mudah terpukau, tertarik dan segala macam TER lagi dengan kecantikan dan kehandsomeman dia je..selidik dulu yang dalaman tu..yang paling penting nilai dulu agama yang si dia miliki sebelum ambil apa-apa keputusan...jika elok agamanya Insya-Allah eloklah yang lain-lain..wallahualam +__+

Thursday, December 23, 2010

Solat di akhir waktu...

Assalamualikum wbt..

petang semalam lepas beriadah main badminton...acehcehceh..betul la..yela yela percaya percaya...hohoho;)

mama cerita, kawan dia baca dalam sebuah buku tu...

mama : ada seorang lelaki ni baru sahaja selesai menguruskan jenazah kakaknya..selepas 10 langkah meninggalkan kubur kakak dia untuk pergi ke keretanya..baru dia perasan yang kunci keretanya tiada dan dia amat pasti yang kunci keretanya terjatuh semasa urusan menurunkan jenazah ke dalam kubur..

ella: la macam mana pulak la boleh terjatuh..abis tu dia korek la balik?? (dengan tak sabarnya)

mama: a'ah..dia korek balik..memang betul kunci dia terjatuh dalam tu..tapi...

kakak: tapi apa?? ( muka excited!)

mama: mayat kakak dia da terbakar! hangus! hitam semuanya...

ella: kenapa jadi macam tu? (tak sabar ni..)

mama: nak cita la ni...lepas tu lelaki ni pun balik la rumah..sampai kat rumah dia pun cerita la dekat mak dia...dia tanya la mak dia apa yang dilakukan oleh arwah sepanjang hayatnya?? setahu dia kakak dia seorang yang alim, tak tinggal solat, rajin beramal, bersedekah, ngaji al-Quran...blablablabla

kakak: abis tu kenapa jadi macam tu?

mama: mak dia cakap..kakak dia memang baik tapi... tapi kakak dia suka solat di akhir waktu..suka lengah-lengahkan waktu solat...

ella & kakak: ooo...sebab tu je kan.. takut la...


p/s: JANGAN LEWAT-LEWATKAN SOLAT YE KAWAN-KAWAN..peringatan untuk diri sendiri juga..pe lagi? da da gi solat cepat!

Wednesday, December 22, 2010

Rindunya suatu masa itu...

Assalamualaikum wbt...

ermmmmm...ermmmm..ermmmm..macam mana nak mula ni...

tapi nak cerita juga...rindu gila tahap cipan menonggeng la..rindu zaman sekolah..rindu sangat lagi-lagi masa sekolah teknik dulu...:'(

kat sekolah ni la belajar duduk jauh dari family for the first time ok...waaaa mula-mula masuk sekolah ni..tiap-tiap malam nangis..waaa sedih nya bila jauh dari family..ala sebenarnya sedih sebab jauh dari bantal dan tilam busuk tersayang...ohhh shut up!!hoho T__T

tapi serius tau..masa ni lah belajar betapa berertinya family..rasa-rasanya saya tak boleh hidup tanpa family..kawan-kawan tak sama dengan family..betul tak?? ( baik cakap betul kalau tak siap korang!)

masa ni la rasa sedap nya masakan mama..tapi memang sedap pun..telur dadar pun rasa sedap walaupun sama je rasa nya..tetap nak telur dadar yang mama masak! cehh

dekat sekolah ni juga lah belajar memahami ragam manusia yang sememangnya tak sama..macam-macam ragam..dulu masa sekolah harian tak perasan sangat..yela berkawan setakat dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang..mana nak perasan sangat..tapi bila da duduk asrama..da tidur sekatil sebantal.. mandi je tak sama-sama...baru tau warna sebenar seseorang tu..:)

masa ni juga lah belajar bertolak ansur...berkongsi..belajar menerima keadaan sekeliling...belajar buat keputusan sendiri..belajar mengurus masa dengan betul walaupun aku paling tak suke belajar ikut jadual..yela da la waktu prep petang...kan ke waktu mcam ni paling best kalau dapat meluruskan pinggang dan dapat memelelapkan mata barang 5 minit..konon lah..cehhh..diam la kau...=p

yang paling best pergi dining hall ramai-ramai..bederet-deret beratur ambil makanan..pastu makan ramai-ramai..sambil makan tu sembang-sembang pasal sekolah la..ala sebenarnya menganyam ketupat seround dua..hahahaha

petang-petang lepas habis prep..pergi beriadah konon-kononnya la...tapi betul la kadang-kadang je melepak..konon...hahaha..ok tipu je...petang-petang pergi nursery tapi masa jadi junior la..penat basuh kolam la, tanam pokok bunga la, cabut rumput la..seronok walaupun masa tu rasa macam tukang kebun sekolah je..huhu

yang paling aku suka..bila dapat solat jemaah ramai-ramai...dapat bangun qiamulail...dah lama tak buat (teruknya saya! sadis tol la)..rindunya waktu itu..kalau lah boleh kembali ke zaman tu..waaaa...

rasa seperti nak lagi lalui zaman tu tapi tu semua dah jadi sejarah..tu sejarah yang sangat sangat sangat manis untuk dikenang..

SMT BUKIT PIATU MELAKA IN MEMORIES (-_-")

rindunya....;)

Wednesday, December 15, 2010

~ another interview ~

assalamualaikum wbt...(-_-")


hye semua....macam mana hari ni? hari isnin hari tu aku dapat call dari senawang specialist hospital untuk interview next monday..(20/12/'10) doa kan aku eh..please!!!

aku ni memang cuak terlebih..entahlah susah nak kawal..walaupun tau tapi bila da dalam bilik tu lagi-lagi interviewer tu ramai..aduss..lagi la tegagap-gagap aku jawab..aku takde penyakit gagap tau..:)

mama aku da pesan macam-macam doa da beliau suruh aku amalkan tapi still lagi gagap..(di ulang aku takde penyakit gagap ye..;)..

lagi-lagi kalau interviewer tu muka macam bagus-bagus kan..lagi la...kadang-kadang soalan tu tak la susah..aku tahu nak jawab tapi bila je nak jawab..terus je bersepah-sepah ayat yang keluar..hohoho..kesiannya aku...:'(

aku pernah baca dalam buku tau..dia bagi tip untuk interview..dia kata untuk hilangkan sikit gemuruh tu..anggap je interviewer tu tak pakai baju..takpon anggap je dia pakai baju badut ke...yang pasti bila kita bayangkan macam tu..kita akan rasa lebih perfect dari dia..so takla kita rasa takut sangat..;)
aku belum try lagi..nak try la tip tu untuk the next interview ni..kehkehkeh;)

so korang-korang yang baik hati, comey, handsome(cehh baik punya bodek ni) tolong tolong tolong la doakan aku yang tak lawa ni..terima kasih semua...(T__T)

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum wbt...

SALAM MAAL HIJRAH buat semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada..semoga kedatangan tahun baru 1432H ni akan memberikan 1001 kebaikan buat diri anda dan semua...mana-mana azam yang tidak dapat dicapai tahun lepas moga dapat dilunaskan tahun ni..insya ALLAH...sama-samalah kita tingkatkan amal...semoga sama-sama menjadi mukmin dan mukminah yang bertambah baik..ameen...;)

~Penantian....

Assalamualaikum wbt...

semoga semuanya berada dalam lindungan-Nya...dan dikurniakan kesihatan yang baik...pejam celik pejam celik da masuk bulan 12...thats mean..sudah 4 bulan lebih aku jadi penganggur terhormat dekat rumah ni...huhu..(sadis nya cerita..)..baru minggu lepas aku pergi interview dekat Mahkota Medical Centre (MMC)...boleh la...nervous sangat...insya ALLAH ada rezeki..cuma tak tau lambat ke cepat...and at the same time aku dapat tawaran untuk Diploma Perbankan Islam dekat Kolej Insaniah, Kedah.. aku tak bagi tahu family lagi...entahlah..isthikarah yang aku buat pun belum menunjukkan apa-apa lagi...yela as a human..normal la kadang-kadang kurang kesabaran sikit...tapi tu la bila duduk rumah lama-lama ni mula fikir negative je...nasib badan mungkin ALLAH nak uji tahap kesabaran dan keserahan diri aku dekat DIA...

" ya ALLAH jika ini dugaan-Mu buatku..moga Kau titipkanlah kesabaran buat ku dalam mengahadapinya..sedang aku hanyalah hamba-Mu yang sering kali alpa...moga penyudahan yang baik buat ku..ameen"

Insya ALLAH aku mampu bersabar...doa aku hari-hari moga rezeki berpihak pada aku..ameen..tapi kata orang penantian suatu penyeksaan..boleh tahan la..hehehe...
sabarla ye aziela...kamu kan kuat...;)

Sunday, October 10, 2010

~My Trip to Genting Highlands~

Assalamualaikum wbt..

Harap semuanya sentiasa berada dalam lindungan-Nya... insya Allah...07/10-10/10/10 aku teman kakak pergi ke Genting Highlands, Pahang...memang best sebab aku pergi bawa badan je pon...hehehe..semuanya ditaja penuh...waaaa bestnya..ada tak orang nak sponsor aku lagi??...hehehe..sepanjang berada kat sana cuaca baik dan dingin..suhu 17'C..sejuk...hujan renyai-renyai,kabus tebal so memang tak dapat main kat outdoor la..selsema la juga kat sana...kat sana dapat member dengan budak kecik..si yuyon...anak kak Iera,kawan kakak...walaupun kecil lagi tapi best la...biasala budak-budak kadang-kadang mengada-ngada sikit..tu normal la..pape pon yuyon memang best..;)

barang-barang kat sana macam pakaian memang murah tapi makanan jangan cakap mahal sangat..!! beli satu jenis makanan kat sana tapi kat tempat lain boleh beli dua...maybe kos pengangkutan kot...tapi takpe sebab aku makan free je...hehehe...
yang paling best ialah waktu tidur..sebab aku 'cuti'so...bole tidur dan bangun lambat...hehe...berlawan-lawan tidur dengan si kenit yuyon..hehehe..dia tarik selimut aku tarik selimut..hehehe...

dan...something special just for my walid...hadiah tak seberapa hanya sebagai tanda yang umi tak pernah lupa kat walid...love u so much...

so..berakhirlah percutian ke Genting...bercuti ni memang bagus untuk beri sedikit ruang kepada kita untuk tenangkan fikiran..kalau asyik kerja ja...waaa padatlah otak kita sebab banyak sangat benda yang nak difikirkan...so take your time...dan pergilah bercuti..segalanya ada di Malaysia..[wah promosi Malaysia ni..hehehehehe..;)]

Wednesday, October 6, 2010

Utamakan Keluarga...

Salam hye…semoga semua sentiasa berada dalam lindungan-Nya…dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha pengasihani....

Kelmarin aku tengok cerita “Hiding Family”..cerita tu berkisah tentang sebuah keluarga yang terdiri dari ibu,seorang anak lelaki( Mike) dan seoang anak perempuan (Carol).. cerita bermula bila suatu hari mama dia balik dari tempat keje, dia telah melihat satu kes pembunuhan..kira mama dia ni saksi utama la..so masa mama dia nak melarikan diri dari penjenayah tu…penjenayah tu perasan pulak…so apa lagi..mama dia kene kejar la…tapi mama dia bernasib baik dia selamat sampai ke pejabat polis….dan yang tak best nyer..penjenayah tu adalah yang paling berbahaya dan paling dikehendaki di US..so pihak polis mencadangkan supaya mama dia dan seluruh ahli keluarga menyertai kumpulan khas utuk semua saksi-saksi kes jenayah..sebab utama adalah mereka dalam bahaya..so bermula la kehidupan baru buat mereka sebagai pelarian…bukan pelarian sebenarnya tapi persis…b’coz segala data mereka akan dipadam dan mereka akan dikenali sebagai orang baru dan akan dipindahkan ke suatu tempat yang mereka sendiri tidak tahu sehinggalah mereka sampai…yang kesiannya Carol terpaksa meninggalkan pakwe dia yang amat dia sayangi tanpa memberitahu terlebih dahulu,,Mike pula terpaksa meninggalkan tittle sebagai pemain bola keranjang terbaik di sekolahnya..manakala mama dia terpaksa meninggalkan kerjayanya yang telah di duduki selama 9 tahun…kesian…then dipendekkan cerita…mereka pon sampailah di tempat baru…polis yang diamanahkan untuk menyambut mereka pon tunjuklah rumah tok mereka…sepanjang mereka berada di sana..mereka diberi kemudahan rumah,kereta,duit belanja, tetapi mereka tidak dibenarkan untuk menelefon sesiapa pon, x boleh mengirim surat tanpa dibaca dulu oleh pegawai yang bertugas,tak boleh keluar rumah tanpa teman, dan mama dia kene pakai rambut palsu..so bayangkan betapa susah nye kehidupan mereka..macam mereka pulak penjenayah yang berbahaya dan dikehendaki…huhu…mama dia sentiasa berjaga-jaga..ketakutan..satu hari diaorang g shopping..then Carol cakap kat mama dia yang dia nak g toilet tapi sebenarnya dia g telifon pakwe dia,Brian..dan tanpa diketahui talian mereka telah dijejaki oleh orang jahat terbabit..
Esoknya…seperti yang telah Carol janjikan dengan pakwe dia yang pakwe dia akan call dia kat tempat yang same dengan waktu yang telah mereka tetapkan…so Carol pon ajaklah adik dia keluar..konon-konon dia nak beli barang la…then sampai je kat sana…Carol masuk kedai tu tapi adik dia tunggu kat luar..mase dia tunggu tu ada la sorang brother( orang jahat punye kawan) nie tegur dia..tapi tanpa brother ni sedar yang dia da terpanggil name Mike..nasib baik la Mike ni cerdik..dia cakap name dia bukan Mike..dan dia tengah tunggu mama dia sambil tunjuk kat ada sorang makcik yang tengah masukkan barang dia dalam bonet kereta….brother ni pon pelik lagi hairan dia ingat dia da salah orang…so pe lagi Mike pon melarikan diri untuk mencari kakak nyer yang sengal lagi mengal tu.. tapi masa diaorang tengah lari nak keluar dari kedai tu..brother yang jahat tu nampak pulak…tapi diaorang bernasib baik b’coz masa diaorang keluar je mama diaorang pon sampai b’coz mama dia rasa pelik dan hairan bila anak dia tak balik-balik dari waktu yang ditetapkan…fuhhh..so mama dia pon pecut la kereta sampailah penjenayah tu tak dapat kejar…so balik tu mereka pon call la polis yang jaga diaorang tu…so sekali lagi mereka terpaksa pindah disebabkan tindakan anak dia yang kurang cerdik tu… then berpindah la lagi…di tempat baru Mike pulak dia da tak boleh tahan so dia join la team bola keranjang kat sekolah baru…nak dijadikan cerita penjenayah tu dapat tau…tp bukan saje dari gambar Mike masuk surat khabar tapi dari rahsia yang dipecahkan oleh orang dalam sendiri…so penjenayah tu cari dia kat sekolah nasib baik mama dia cepat..so diaorang sekali lagi terlepas..dan kali ni diaorang menyorok kat sebuah motel…so mama dia pon call la polis tu dia bagi tau yang somebody da bocor rahsia..polis gak la…so mama dia cakap da tak nak join lagi…esok nye after bagun pagi..Carol hilang…dia tinggalkan surat kata dia da tak sanggup sebab rindu sangat kat Brian si jantung hati…gelabah la mama dia..sampai kat air port Carol kene tangkap dengan orang jahat…dalam masa yang sama mama dia dapat call dari polis tu bagi tau yang orang jahat yang utama tu da kene tngkap dan akan di hadapkan ke mahkamah masalah nyer macam mane dia nak balik sedangkan anaknya si Carol yang kurang serdik tu da kene tangkap! Then di pendekkan cerita akhirnya penjenayah tu tumpas juga b’coz polis da dapat trace siapa yang pecahkan rahsia..so polis paksa orang tu bagi tau kat mana dia bawak Carol..so dengan jumpe nyer Carol..mama dia dengan senang hati membantu polis menjadi saksi di mahkamah…so selamat la diaorang semua dari program yang menyusahkan tapi menyelamatkan nyawa diaorang…

So moral of the story is…walauapapon yang korang nak buat tolong, tolong,tolong la ingat keluarga dulu sebelum orang lain..tengok macam carol tak pasal-pasal keluarga dia semua kene nasib baik selamat…dia lebihkan perasaan rindu dia dekat pakwe dia tanpa fikir kesan dari tindakan bodoh yang dia ambil..family first k!!

Sunday, October 3, 2010

AKU MINTAK MAAF KAWAN.....

sorry sangat-sangat...
aku bukan sengaja nak malukan kau or nak mengaibkan kau..tapi aku nak beri kesedaran ket orang lain supaya jangan jadi macam kau...tapi bukan bermaksud aku la yang paling baik..b'coz nobody is perfect...sungguh aku xde maksud langsung nak memalukan kau...tolongla faham...aku betul-betul mintak maaf kalau kau tak suke dengan apa yang aku dah buat..aku mintak maaf..jangan berdendam dengan aku eh...aku sayang kau..dan aku sayang umat islam,,dan cucu-cucu adam yang lain...moga apa yang aku buat tak disalah ertikan..aku mintak maaf tau...

Friday, September 17, 2010

Riang Ria Aidilfitri 2010...

Assalamualaikum wbt..

lama sangat tak menulis kat sini...laptop buat hal la...anyway..Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi dengan izin-Nya dapat juga aku melalui bulan ramadhan yang penuh kemulian pada tahun nie...dapat jugalah khatam...Alhamdulillah.. sambutan syawal tahun ni berbeza dari tahun lepas coz tahun nie pagi raye di rumah mama n ayah..bkn lagi d kampung...tahun nie tahun pertama beraya dengan abang ipar...sedihnya abang ND xde..die beraya atas kapal tahun nie...insya Allah bulan 10 nie baru dia turun...then baru boleh sambut raye lagi...tahun nie beraya tanpa title sebagai pelajar...so agak relax sikit la coz xde la terkejar-kejar macam tahun lepas sehari sebelum raye baru balik..then lepas raye terus sambung praktikal...tapi tahun nie da kurang la duit raye..huhuhu...pape pon hari raye memang meriah...rumah kitaorang buat open house hari raye ke3..ramai sedara-mara yang datang..kawan-kawan..memang meriah walaupun kepenatan..tapi berbaloi coz semua orang happy..hehehe..

raye tahun ni jugak aku n kawan-kawan sekolah x-SMT bukit piatu '05/'06 dapat berjumpe setalah hampir 4 tahun tak bersua muka, berkongsi cerita..hehe...seronok..rasenyer mau kecoh melaka sentral tu..hehe..sempatla menganyam ketupat seround dua...hehehe..semua cerita zaman sekolah keluar balik...naik kering gusi aku..hahaha..then kitaorang konvoi ramai-ramai ke rumah cikgu tersayang, cikgu Na'am..best walaupun kelang-kabut..hehehe...memang xleh pakai tol la leader..hehehe..die tinggalkan anak buah die yang dok follow die kat belakang...hehehe..pape pon lepas juga hajat tahun nie nak jumpe kawan-kawan lame semua n cikgu na'am...yang penting best sangat..lain kali boleh buat lagi...

raye tahun nie juga aku akhirnya dapat jumpa dengan sahibus samahah al-fadhil ustaz Zaid Mahadar setelah 3 tahun...lame nyer...terima kasih ye sudi jumpa dengan umi...

Akhir kalam, Selamat Hari Raya buat seluruh umat Islam di seluruh pelusuk dunia...moga syawal tahun nie memberi seribu satu kebahagian buat kita semua... maaf d pinta atas segala kesilapan dan kesalahan...moga bermaaf-maafan sesama kita d hari yang mulia ini..wassalam

Tuesday, June 29, 2010

rindu nyer..

Assalamualaikum wbt..
Hye lama sangat da tak menulis..busy sangat tp sebenarnya tak de internet…mmg ade wireless tp malas nak pegi..leceh..tapi org kate nak seribu daya kan…hehehe..malas la kot..hehehe…alhamdulillah…23/6 ari tu berakhirlah perjuangan aku sebagai pelajar kejururawatan di kuim…sebenarnya bukanlah berakhirnya belajar peringkat diploma maka berakhirlah pejuangan sebagai pelajar tapi sebenarnya masih banyak lagi yang aku perlu pelajari dan aku kejarkan..Insya Allah aku akan sambung lagi..ermm… hari tu exam sangatlah susah…aku tak yakin langsung dengan apa yang aku buat..risau la…masa keluar dewan hari tu ramai kawan-kawan aku yang menangis..bukan air mata kesyukuran sebab da habis exam tapi lebih tepat air mata kerana tak dapat jawab…uuuuu..takutnya…so…walaupun mcm tu hidup mesti diteruskan..la tahzan ya nor aziela…so hari nie da masuk 5 hari kat rumah…takde buat pape yang menarik pon..hehe…kemas barang aku pon hari ahad..malas nyer anak dara sorang nie kan..hehehe.. hari tu ade la kawam my mum cakap ade satu tempat tu nak kerani..tapi my dad pulak tak bagi…ntah la tak tau nak buat ape…ermm…hari-hari bangun je,kemas rumah,basuh baju,makan,lepak, angkat baju,lipat baju,siram pokok bunga ayah aku yang banyak tu..hehehe..haa malam tengok bola..hehe..tu je la keje aku..hehe…ade banyak sangat cerita yang nak diceritakan takut tak tetaip je..hehe

1st kite continued cite pasal member aku yang kantoi pic tu….ermm…mcm nie cite nyer..ade satu hari tu before last day practical…petang tu aku ngan dia g pantai cari servinuer…odw nak g tu ayah die call coz surat da smpai rumah..surat yang menyatakan mengenai masalah dia la…then malam tu ayah die pon bising la..bla bla bla..tanya pasal masalah dia….kira macam mengamuk sakan la…aku pon naik kecut perut..tapi nak tau ape jadi esoknyer??..ermm… membuatkan aku tergamam dan tak mampu nak berkata-kata..huhu..nak tau dengan bangganyer die bercerita yang ayah die kate, “ ayah tak kisah along nak amik gambar macam mane pon..tp jangalah sampai gambar tu kantoi..ayah x kisah alaong nak buat ape pon..”, Astagfirullahhalazim..mengucap panjang aku mase tu…ade juga ayah macam nie ye…so that aku tau la…patutla anak die tanpa rase malu buat macam tu…so tak gune la ayah die pakai kopiah tapi menghalalkan yang haram?? Betul x??.. so bermula dari hari tu aku pon da jadi malas nak follow die punye kes… tapi ntah la..maybe atas dasar kawan kadang-kadang mulut nie gatal gak nak bagi nasihat walaupun aku tau nasihat aku tu macam angin lalu…penah sekali tu aku nasihat kan die jangan la keluar lagi dengan mane-mane lelaki yang bukan mahram ko..bahaye dan buat tambah dose ko…orang fitnah lagi..yela kes die pon belum selesai…ko nak pagi tu aku nasihatkan die petang tu die da keluar..tapi aku tak tau coz die keluar aku tengah tidur..last-last kantoi ngan aku sebab aku jumpe tiket wayang die…menyampahnyer aku tengok muke perempuan nie..then skrg nie die lg ligat..da ade skandal keliling pinggang..yang tak sanggup aku nak bayangkan bila skandal die suami orang…dan tanpa rase segan silunyer die bercerita…Ya Allah..kau berikan lah kesedaran kepada sahabatku ini agar die tidak jauh terpesong…semoga dia sentiasa berada dalam rahmatMu dan lindunganu Ya Allah… skrg da abis blaja aku pon da jauh dari ko..Alhamdulillah da jauh aku dari mendengar dan melihat bende yang ntah ape-ape ko buat…doa dari jauh jela la yang aku boleh buat…

Sunday, March 28, 2010

lama da tak masuk...

assalamualaikum wbt..

hye lama da tak masuk..busy la sangat.. kononnya..tapi memang tak de mase nak online...biasalah bila da start class..mana nak attend class..assigment lagi..huhu..capek bangat..sekarang nie da start mid semester break..so lepak umah la jawabnye..hehe...ari nie pagi tadi aku,abg nd, amin n udin, dan zimah n my 'abg ngah' g sagil..mandi-manda..hehe..w/pon aku tak mandi, men air kat tepi-tepi je...malu la nak mandi ramai bdk lelaki kat situ..tak berapa nak manis kalau mandi...malu...pape hal after zohor ktorg betolak balik da..penat...macam aku plak yg drive..hehe...sampai je rumah terus makan..lapar..huhu...

esok nak buat ape pulak ek...kemas rumah..basuh bilik air kot...basuh kipas...erm...pe lagi ek...hehe..lepak-lepak..hah cuti nie aku kene cari bahan tok research..after praktical nak submit...banyak tu...tajuk da dapat.."sejauh mana prosedur mencuci tangan dapat mengurangkan risiko cross infection"..malasnyer nak cari bahan.....
ermmm..t len kali continued ngantok le pulak...wassalam

Saturday, February 20, 2010

secebis doa...

Haram-haramkah aku
Bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku
Biar aku tak jadi melanggar
Aku cinta pada dirinya
Cinta pada pandang pertama
Sifat manusia ada padaku
Aku bukan Tuhan


Haram-haramkah aku
Bila aku terus menantinya
Biar waktu berakhir
Bumi dan langit berantakan

Aku tetap ingin dirinya
Tak mungkin aku berdusta
Hanya Tuhan yang bisa jadikan
Yang tak mungkin menjadi mungkin

Aku hanya ingin cinta yang halal
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas ijinNya
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta
Ku menanti cinta…


............ketika cinta bertasbih.........

~sahibus samahah al fadhil ustaz zaid mahadar~

Friday, February 19, 2010

bila nak sedar ek??

Assalamualaikum wbt...
kepada semua makhluk Allah swt di muka bumi nie...semoga semuanya dalam lindungan nya.... erm...lama tak masuk rindu nak menulis dan nak bercerita...almaklumlah da jadi budak semester akhir ni da busy la sikit...kononnya..kuikuikui...erm.. so mula dengan cerita pasal my best friend... pasal gambar dia n her hubby...ermmm...18 th ke atas punye gambar...mengucap panjang aku tengok..ntah la bila tegur nanti cakap suka hati aku la...tp ntahla..sakit mata aku tengok..jijik tau..as a friend n most important as a muslim...geli la sayang oi...kalau la mak n ayah ko tengok..allahuakbar..subahanallah...confirm mengucap panjang... dan baru-baru ni gambar tu telah sampai ke pihak atasan kolej... ingat lagi mula-mula dia d panggil...erm...insaf...aku pon jadi kesian..tapi bila dia d nasihat oleh golongan orang-orang yang menyokong maksiat ni (maaf kalau terlalu kasar tapi tak tau nak kategorikan ape)..ntah la muka ...ermmm....ntah la...da tak macam dulu mula kena panggil....ntah la..mulut nie da penat nasihat...agaknya masuk telinga kanan keluar telinga kiri...aku pon bukannya baik sangat..aku pon banyak buat salah tapi insya Allah aku akan jaga diri n jaga dara...ermmm....budak-budak sekarang berani sangat..terlalu berani n tak tau malu....mak ayah da anta sekolah terbaik untuk dia menimba ilmu tapi tak digunakan dengan sebaik mungkin...jadi la macam ni..susah nak cakap...ermm.k la nak out dulu...akhir kalam....jaga diri hiasi peribadi...wasalam

Sunday, January 24, 2010

WALIMAH KAKAK KU...

assalamualaikum wbt...

wahhhh...selamat pengantin baru buat kakak ku, Nor Azimah dan pasangannya Mohd Hafiz.... yang telah selamat di ijab kabulkan pada pukul 11 pagi, 23/1/1o di Masjid Tok Janggut, Masjid Tanah Melaka... semoga perkahwinan ni menjadi sebuah perkahwinan yang sakinah,mawaddah warrahmah...dapat zuriat yang soleh solehah... so sepanjang majlis ni berlangsung alhamdulillah cuaca baik walaupun agak panas...tapi semuanya berjalan dengan lancar...majlis sanding agak lewat sebab budak-budak kompang kena sekolah hari sabtu so dia orang lambat sikit la...apa-apa pon da selesai pon majlis walimah kakak aku...so saya dapat abang ngah baru..harapan pada abang ngah dapat ambil alih tugas ayah untuk jaga kakak baik-baik...dapat bimbing dia menjadi seorang isteri yang solehah...ameen...andai satu hari dia da tak dapat menyenangkan lagi hati abang ngah harap dapat di pulangkan kembali kepangkuan kami elok seperti macam mana abang nikahi dia...apa-apa pon saya sebagai adik perempuan tunggal dia senantiasa mendoakan kebahgiaan buat kakak dan abang....ameen

Saturday, January 16, 2010

NAK KONGSI CERITA

assalamualaikum wbt...

ermmm...lame rasanya tak masuk kat sini..rindu untuk menulis dan masuk kat blog2 yang lain... so da masuk 2 minggu aku praktikal kat segamat... ni pon balik sekejap sebab ada kelas memandu pagi tadi..esok malam aku balik sana la..tiket bus pukul 9 malam..sampai sana dalam pukul 10 lebih la...doakan aku selamat sampai eh... so tadi masa kat kelas memandu 2 aku sembang2 la dengan cikgu aku 2 yela nie 1st kelas aku dengan dia..mase tengah bawa kete 2..dia call somebody ni...aku dengar jela..aku ingatkan die cakap dengan anak dia...rupe nye dengan skandal dia.. ya allah...geli aku dengar cara dia cakap dengan

p/s: sory nanti aku smbung bateri kong!!!

23/1/1o @ oo28

assalamualaikum wbt...hope semuanya dalam rahmat dan lindungan-Nya... agak lama untuk aku sambung balik cerita aku yang tergendala hari tu....busy praktikal dan tak da masa nak on9.... haa berbalik pada cerita aku hari tu...cikgu tu cakap dengan skandal yang layak di panggil anak..geli tau tak...dia tanya kat skandal tu ," awak da mamam??"..perghhh aku rasa nak muntah tau tak..dia yang selayaknya aku panggil ayah, boleh bercakap dengan budak yang sebaya dengan aku cakap guna bahasa budak2 yang baru belajar tok bercinta...halooo...tak sesuai tau tak..geli..rasa nak muntah je...nasib baik la aku tengah menuntut ilmu dengan dia..kalau tak mau nyer aku turun je dari kete tu...eeee... memang la aku tak patut masuk campur urusan dia..tapi kadang-kadang kita kena jadi masyarakat yang kena ambil tahu hal orang lain... tengok macam kes ni..seorang remaja awal 20-an ada skandal dengan seorang lelaki yang sebaya dengan ayah dia..kalau bujang ok lagi...ni masalahnya lelaki yang da mempunyai anak yang da besar panjang dan entah-entah da ada cucu lagi... aku tak tanya kat cikgu tu tapi dia yang ringan mulut nak cerita kat aku pasal skandal dia..aku tak tanya pun kenapa dia perlu ada skandal tapi dia kata hanya suka-suka hilang boring... tapi masa aku tangah bawa kete tu siap dia suruh aku berhenti kat 7E sebab skandal dia mintak beli topup... ni bukan untuk hilang boring lagi nie...ni da bab menghabiskan duit orang tua ni dan mempergunakan orang tua ni dengan sebaik mungkin...as a student la kan berapa sangat la duit yang ada kat dalam poket tu..kalau setakat lepas duit makan tu kira da bersyukur sangat la..tu pon kadang-kadang terpaksa makan mee segera..huhu..tengah sengkek la katakan... tak rasa bersalah ke kau guna duit untuk perempuan yang selayaknya patut dapat...tu da kira kau menindas hak orang lain...memang tak dinafikan kalau cerita kat orang..sesetengah nya akan cakap, lantak la janji dia tak kacau aku..tapi tak kurang jugak yang cakap macam da tak da lelaki lain lagi...ada jugak yang sekadar tersenyum sinis...so pendapat setiap orang dalam kes ni adalah berbeza... tp bagi wanita yang suaminya ada skandal dengan perempuan lain mesti geram giler kat perempuan-perempuan ni...betol x?? ermm..of course la...bayangkan kalau husband kita sanggup habiskan duit untuk perempuan lain..maunyer aku tak panas..rasa nak tarik-tarik je rambut perempuan tu.... ermm...tapi untuk perempuan tu..macam la tak ada lelaki lain lagi kat dalam dunia ni untuk kau jadikan teman...pelik kan?? yang lelaki ni pon satu macam tak ada perempuan lain..perempuan yang selayaknya kau panggil anak tu jugak la kau nak jadikan skandal..macam-macam dunia ni....ntah la...kalau korang-korang terjebak dalam kes ni...cuba-cuba la untuk mengelak...moral of the story: jangan ambil hak orang...! tak selamanya akan selamat...tak berkat.. kalau dia memang bujang trang-tang-tang ok la..ermm 2 jela.. jumpa lagi...