Sunday, November 20, 2011

cerita 5 hari!

Assalamualaikum wbt...

hye semua..semoga sihat dan sentiasa dibawah lindunganNya..

last month aku minta cuti for 5 days ok konon-konon nak pergi bercuti dengan member satu ward so cuti nya da pon lulus tapi....last minit eh eh bukan tapi satu hari sebelum nak bertolak member aku mesej..
" weh mak aku tak bagi pergi la..banjir! "

ermmm...sabar je la..aku da nak packing barang tiba-tiba tak jadi pergi...hancur hatiku..hwaaaa :'(

penat planning sebulan yang lalu...

ayah aku pon da bagi green light..bukan senang woo ayah nak bagi pergi..tapi tup tup tak jadi pergi pulak...:(

ayah aku pon pelik jugala kan...sebab aku nak pergi perak..bukannya banjir pon..kalau banjir pon area sempadan kedah kot..tapi ntahla da mak dia tak bagi takkan aku nak paksa pulak...

so untuk mengurangkan rasa tak best aku tu yela cuti 5 hari takkan nak makan tidur tengok tv je kan...so abang ND aku yang baik hati pon ajakla aku temankan dia ke Jab. laut kat klang nun..ok la juga kan...then singgah la jenguk kekasih hatinya kat UKM tu...pergi mines jap tengok movie ' happy feet 2'...best best ;)

then, hari jumaat yang lalu ( cehh ayat nak macam karangan..hehehe)
kitaorang satu family pergi holiday kat PNB ILHAM RESORT, PORT DICKSON,N9... best best..hotel ni betul-betul kat kaki bukit tanjung tuan...so da nama pon dekat kaki bukit so apa la namanya jika tak mendaki bukit tu kan...hehehe:)

so pagi sabtu lepas sarapan nasi lemak kitaorang pon buat sesi mendera lemak-lemak kat badan la kan..hehehe..penat juga mendaki bukit tu belum daki gunung...hewhewhew

yela da lama kot tak buat aktiviti macam ni..last rasanya masa zaman sekolah dulu..:)

yang tak bestnye masa bercuti ni aku selsema ++ diarrhea..waaaa ni sume gara-gara main air lama sangat dan kitaorang makan kat kedai mamak..waa da la tak sedap tapi da lapar punya pasal..adoiai!

tapi apa-apa pon cuti tu memang best!

see.. walaupun aku tak dapat pergi bercuti kat perak ALLAH tetap gantikan dengan sesuatu yang lebih baik mungkin kalau aku jadi pergi perak tu aku tak segembira macam kat PD ni..betul tak?

tu la kadang ALLAH beri hujan bila hari cerah..so kita merungut sebab hujan tapi kita tak tahu sebenarnya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang cantik!

p/s: kita hanya merancang sedang ALLAH da tentukan segala-galanya...ALLAH tahu apa yang terbaik buat hambaNya!