Saturday, December 25, 2010

Mencari calon ...+__-

Hye..salam ukhwah buat semua bloggez semoga semuanya berada dalam keredhaan Allah SWT…insya Allah..ameen.. +___-

Jumaat lepas aku tengok program Al-Hidayah dekat TV3 tu..korang semua tau kan?? Muka beriman sikit..ecehceh..

Masa slot munahakat kalau silap..ada sorang audien ni tanya soalan macam mana nak dapat anak-anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jawab…senang je nama kan je anak-anak tu soleh dan solehah..kehkehkeh…oppss! ok ok tak lawak..hohohoho T__T

Bukan.. ustaz tu tak jawab camtu..hehehe +__+

Ustaz tu cakap da menjadi tanggungjawab si bapa atau si ibu itu sendiri untuk mencari calon suami atau isteri dari kalangan yang baik-baik terutama dari segi agamanya..itu yang utama supaya mendapat bakal anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jugak ada la cerita satu kisah di zaman Rasulullah SAW…telah datang seorang lelaki bertanyakan kepada nabi perihal anaknya yang sangat degil dan tidak mendengar kata.. jadi Rasulullah SAW pun memanggil anak lelaki tersebut..

Rasulullah : wahai pemuda kenapa kamu degil dan tidak mendengar kata? (lebih kurang la ayatnya..;)

Pemuda : Ya Rasulullah aku jadi begini adalah disebabkan ayahku sendiri..kerana dia telah menidakkan hak ku!

Rasulullah : apa hak mu wahai pemuda?

Pemuda: yang pertama dia telah menidakkan hak ku untuk mendapat ibu yang baik! Kedua dia menidakkan hak ku untuk mendapat nama yang baik! (sorry aku telupa apa nama budak lelaki ni..yang pasti maksud nama budak lelaki ni teruk la) ketiga, dia menidakkan hak ku untuk mendapat ilmu agama yang sempurna!

***************************************

Ingatlah tanggungjawab korang bermula semasa mencari pasangan hidup lagi! Bukan bermula masa da berumah tangga. Mencari pasangan hidup ni bukan untuk mencari yang sepadan, yang handsome,comey atau yang sedap mata memandang TAPI mencari pasangan yang boleh menjadi imam buat kita dan anak-anak kita, yang boleh mendidik anak-anak kita..

Bukan mencari pendamping kita sahaja tetapi untuk jenerasi yang akan datang.. samada jenerasi akan datang berguna, beragama atau tidak..kita bakal ibu bapa lah yang menentukannya..alalala tiba-tiba rasa macam tengah berpidato pulak..ada bakat ni..walawey..=p

So korang-korang di luar yang sana yang bijak pandai mesti dapat tangkap apa yang aku ceritakan ni kan kan?? Bagus..so carilah bakal isteri dan suami yang baik terutamanya dari segi agamanya..baik agama insya ALLAH baiklah semuanya..wallahualam
(-__-")

No comments:

Post a Comment