Friday, December 31, 2010

Tersenyum..;)

Assalamualaikum wbt...

Seminggu yang lepas ni agak sibuk la...da start kerja kat Taska Permata Hospital Melaka..pagi lepas subuh dah keluar rumah..petang baru balik...penat tapi saya happy...hari-hari layan kerenah kanak-kanak...mereka buat saya gembira,tersenyum, marah,geram dan semua perasaan yang saya ada la...

tadi baru berkesempatan tengok facebook,email dan blog ni...TERSENYUM...

erm da bertambah followers...SERONOK!

walaupun tak ramai tapi saya teramat lah menghargai kalian semua...

TERIMA KASIH ye...T___T

Saturday, December 25, 2010

Mencari calon ...+__-

Hye..salam ukhwah buat semua bloggez semoga semuanya berada dalam keredhaan Allah SWT…insya Allah..ameen.. +___-

Jumaat lepas aku tengok program Al-Hidayah dekat TV3 tu..korang semua tau kan?? Muka beriman sikit..ecehceh..

Masa slot munahakat kalau silap..ada sorang audien ni tanya soalan macam mana nak dapat anak-anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jawab…senang je nama kan je anak-anak tu soleh dan solehah..kehkehkeh…oppss! ok ok tak lawak..hohohoho T__T

Bukan.. ustaz tu tak jawab camtu..hehehe +__+

Ustaz tu cakap da menjadi tanggungjawab si bapa atau si ibu itu sendiri untuk mencari calon suami atau isteri dari kalangan yang baik-baik terutama dari segi agamanya..itu yang utama supaya mendapat bakal anak yang soleh solehah..

Ustaz tu jugak ada la cerita satu kisah di zaman Rasulullah SAW…telah datang seorang lelaki bertanyakan kepada nabi perihal anaknya yang sangat degil dan tidak mendengar kata.. jadi Rasulullah SAW pun memanggil anak lelaki tersebut..

Rasulullah : wahai pemuda kenapa kamu degil dan tidak mendengar kata? (lebih kurang la ayatnya..;)

Pemuda : Ya Rasulullah aku jadi begini adalah disebabkan ayahku sendiri..kerana dia telah menidakkan hak ku!

Rasulullah : apa hak mu wahai pemuda?

Pemuda: yang pertama dia telah menidakkan hak ku untuk mendapat ibu yang baik! Kedua dia menidakkan hak ku untuk mendapat nama yang baik! (sorry aku telupa apa nama budak lelaki ni..yang pasti maksud nama budak lelaki ni teruk la) ketiga, dia menidakkan hak ku untuk mendapat ilmu agama yang sempurna!

***************************************

Ingatlah tanggungjawab korang bermula semasa mencari pasangan hidup lagi! Bukan bermula masa da berumah tangga. Mencari pasangan hidup ni bukan untuk mencari yang sepadan, yang handsome,comey atau yang sedap mata memandang TAPI mencari pasangan yang boleh menjadi imam buat kita dan anak-anak kita, yang boleh mendidik anak-anak kita..

Bukan mencari pendamping kita sahaja tetapi untuk jenerasi yang akan datang.. samada jenerasi akan datang berguna, beragama atau tidak..kita bakal ibu bapa lah yang menentukannya..alalala tiba-tiba rasa macam tengah berpidato pulak..ada bakat ni..walawey..=p

So korang-korang di luar yang sana yang bijak pandai mesti dapat tangkap apa yang aku ceritakan ni kan kan?? Bagus..so carilah bakal isteri dan suami yang baik terutamanya dari segi agamanya..baik agama insya ALLAH baiklah semuanya..wallahualam
(-__-")

Friday, December 24, 2010

Assalamualikum wbt

hye selamat malam...-__+

baru lepas mengcantikkan blog ni..cantik tak?? cakap cantik kalau tak siap korang! hah tau pun takut..kehkehkeh

penat juga ye..aku tengok blog orang lain kemain cantek lagi..rajin nya diaorang ni..ok la ni..cantek ape aku punya blog..acehceh puji diri sendiri kot..diam la kau.. suka jiwa aku la...wekkks =p

ala sebenarnya cantek ke tak cantek ke bukan penting sangat.. yang penting apa yang ada kat dalamnya..info apa yang ada dan yang paling penting apa yang mereka di luar sana dapat lepas baca blog kau yang cantek ni.... kunun cantek la.. eh eh tadi kau kata cantek..;)

cantek tu penting juga lah..kalau tak cantek..buruk je takde jugak orang nak singgah...biasalah mata kita ni nak tengok benda yang cantek je..tapi luar tak semesti sama dengan dalam tau! kalau tak takde la orang susah-susah buat pepatah "dont judge a book by its cover!" kan kan??

macam tu jugalah manusia..orang akan mudah tertarik dengan kita melalui luaran...tapi mereka-mereka selalunya tertipu...sebab luaran tak sama dengan dalaman yakni perangainya,tingkah lakunya, adabnya, dll

tiba-tiba teringat masa kecik-kecik..waktu tu tengah makan dengan kakak..biasa budak-budak makan mesti kena ada kicap (manis cap udang..promosi wehh!)walaupun tak pedas mana pun..nak dipendekkan cerita nanti korang boikot pulak kalau panjang-panjang..ok ok..dekat botol kicap tu ada la dia tampal..

PERINGATAN! elakkan dari dimasukki serangga seperti lipas, semut dll

kakak: dll ni apa?? (sambil tunjuk kat botol kicap tu)

ella: entah..dan lalat-lalat kot..

kakak: agaknya la..(senyum dan teruskan menguyah)


ok..kat mana tadi?? da melalut pulak! T___T

haah tu la mata kita selalu kena tipu dengan apa yang kita lihat..sebab tu la kita dibekalkan dengan otak supaya berfikir mana yang baik dan buruk! dan kita ada mata hati..pernah dengar kan?

sama lah juga kalau nak cari bakal suami ke isteri ke..jangan mudah terpukau, tertarik dan segala macam TER lagi dengan kecantikan dan kehandsomeman dia je..selidik dulu yang dalaman tu..yang paling penting nilai dulu agama yang si dia miliki sebelum ambil apa-apa keputusan...jika elok agamanya Insya-Allah eloklah yang lain-lain..wallahualam +__+

Thursday, December 23, 2010

Solat di akhir waktu...

Assalamualikum wbt..

petang semalam lepas beriadah main badminton...acehcehceh..betul la..yela yela percaya percaya...hohoho;)

mama cerita, kawan dia baca dalam sebuah buku tu...

mama : ada seorang lelaki ni baru sahaja selesai menguruskan jenazah kakaknya..selepas 10 langkah meninggalkan kubur kakak dia untuk pergi ke keretanya..baru dia perasan yang kunci keretanya tiada dan dia amat pasti yang kunci keretanya terjatuh semasa urusan menurunkan jenazah ke dalam kubur..

ella: la macam mana pulak la boleh terjatuh..abis tu dia korek la balik?? (dengan tak sabarnya)

mama: a'ah..dia korek balik..memang betul kunci dia terjatuh dalam tu..tapi...

kakak: tapi apa?? ( muka excited!)

mama: mayat kakak dia da terbakar! hangus! hitam semuanya...

ella: kenapa jadi macam tu? (tak sabar ni..)

mama: nak cita la ni...lepas tu lelaki ni pun balik la rumah..sampai kat rumah dia pun cerita la dekat mak dia...dia tanya la mak dia apa yang dilakukan oleh arwah sepanjang hayatnya?? setahu dia kakak dia seorang yang alim, tak tinggal solat, rajin beramal, bersedekah, ngaji al-Quran...blablablabla

kakak: abis tu kenapa jadi macam tu?

mama: mak dia cakap..kakak dia memang baik tapi... tapi kakak dia suka solat di akhir waktu..suka lengah-lengahkan waktu solat...

ella & kakak: ooo...sebab tu je kan.. takut la...


p/s: JANGAN LEWAT-LEWATKAN SOLAT YE KAWAN-KAWAN..peringatan untuk diri sendiri juga..pe lagi? da da gi solat cepat!

Wednesday, December 22, 2010

Rindunya suatu masa itu...

Assalamualaikum wbt...

ermmmmm...ermmmm..ermmmm..macam mana nak mula ni...

tapi nak cerita juga...rindu gila tahap cipan menonggeng la..rindu zaman sekolah..rindu sangat lagi-lagi masa sekolah teknik dulu...:'(

kat sekolah ni la belajar duduk jauh dari family for the first time ok...waaaa mula-mula masuk sekolah ni..tiap-tiap malam nangis..waaa sedih nya bila jauh dari family..ala sebenarnya sedih sebab jauh dari bantal dan tilam busuk tersayang...ohhh shut up!!hoho T__T

tapi serius tau..masa ni lah belajar betapa berertinya family..rasa-rasanya saya tak boleh hidup tanpa family..kawan-kawan tak sama dengan family..betul tak?? ( baik cakap betul kalau tak siap korang!)

masa ni la rasa sedap nya masakan mama..tapi memang sedap pun..telur dadar pun rasa sedap walaupun sama je rasa nya..tetap nak telur dadar yang mama masak! cehh

dekat sekolah ni juga lah belajar memahami ragam manusia yang sememangnya tak sama..macam-macam ragam..dulu masa sekolah harian tak perasan sangat..yela berkawan setakat dari pukul 7 pagi sampai pukul 2 petang..mana nak perasan sangat..tapi bila da duduk asrama..da tidur sekatil sebantal.. mandi je tak sama-sama...baru tau warna sebenar seseorang tu..:)

masa ni juga lah belajar bertolak ansur...berkongsi..belajar menerima keadaan sekeliling...belajar buat keputusan sendiri..belajar mengurus masa dengan betul walaupun aku paling tak suke belajar ikut jadual..yela da la waktu prep petang...kan ke waktu mcam ni paling best kalau dapat meluruskan pinggang dan dapat memelelapkan mata barang 5 minit..konon lah..cehhh..diam la kau...=p

yang paling best pergi dining hall ramai-ramai..bederet-deret beratur ambil makanan..pastu makan ramai-ramai..sambil makan tu sembang-sembang pasal sekolah la..ala sebenarnya menganyam ketupat seround dua..hahahaha

petang-petang lepas habis prep..pergi beriadah konon-kononnya la...tapi betul la kadang-kadang je melepak..konon...hahaha..ok tipu je...petang-petang pergi nursery tapi masa jadi junior la..penat basuh kolam la, tanam pokok bunga la, cabut rumput la..seronok walaupun masa tu rasa macam tukang kebun sekolah je..huhu

yang paling aku suka..bila dapat solat jemaah ramai-ramai...dapat bangun qiamulail...dah lama tak buat (teruknya saya! sadis tol la)..rindunya waktu itu..kalau lah boleh kembali ke zaman tu..waaaa...

rasa seperti nak lagi lalui zaman tu tapi tu semua dah jadi sejarah..tu sejarah yang sangat sangat sangat manis untuk dikenang..

SMT BUKIT PIATU MELAKA IN MEMORIES (-_-")

rindunya....;)

Wednesday, December 15, 2010

~ another interview ~

assalamualaikum wbt...(-_-")


hye semua....macam mana hari ni? hari isnin hari tu aku dapat call dari senawang specialist hospital untuk interview next monday..(20/12/'10) doa kan aku eh..please!!!

aku ni memang cuak terlebih..entahlah susah nak kawal..walaupun tau tapi bila da dalam bilik tu lagi-lagi interviewer tu ramai..aduss..lagi la tegagap-gagap aku jawab..aku takde penyakit gagap tau..:)

mama aku da pesan macam-macam doa da beliau suruh aku amalkan tapi still lagi gagap..(di ulang aku takde penyakit gagap ye..;)..

lagi-lagi kalau interviewer tu muka macam bagus-bagus kan..lagi la...kadang-kadang soalan tu tak la susah..aku tahu nak jawab tapi bila je nak jawab..terus je bersepah-sepah ayat yang keluar..hohoho..kesiannya aku...:'(

aku pernah baca dalam buku tau..dia bagi tip untuk interview..dia kata untuk hilangkan sikit gemuruh tu..anggap je interviewer tu tak pakai baju..takpon anggap je dia pakai baju badut ke...yang pasti bila kita bayangkan macam tu..kita akan rasa lebih perfect dari dia..so takla kita rasa takut sangat..;)
aku belum try lagi..nak try la tip tu untuk the next interview ni..kehkehkeh;)

so korang-korang yang baik hati, comey, handsome(cehh baik punya bodek ni) tolong tolong tolong la doakan aku yang tak lawa ni..terima kasih semua...(T__T)

Tuesday, December 7, 2010

SALAM MAAL HIJRAH

Assalamualaikum wbt...

SALAM MAAL HIJRAH buat semua umat Islam tak kira di mana jua anda berada..semoga kedatangan tahun baru 1432H ni akan memberikan 1001 kebaikan buat diri anda dan semua...mana-mana azam yang tidak dapat dicapai tahun lepas moga dapat dilunaskan tahun ni..insya ALLAH...sama-samalah kita tingkatkan amal...semoga sama-sama menjadi mukmin dan mukminah yang bertambah baik..ameen...;)

~Penantian....

Assalamualaikum wbt...

semoga semuanya berada dalam lindungan-Nya...dan dikurniakan kesihatan yang baik...pejam celik pejam celik da masuk bulan 12...thats mean..sudah 4 bulan lebih aku jadi penganggur terhormat dekat rumah ni...huhu..(sadis nya cerita..)..baru minggu lepas aku pergi interview dekat Mahkota Medical Centre (MMC)...boleh la...nervous sangat...insya ALLAH ada rezeki..cuma tak tau lambat ke cepat...and at the same time aku dapat tawaran untuk Diploma Perbankan Islam dekat Kolej Insaniah, Kedah.. aku tak bagi tahu family lagi...entahlah..isthikarah yang aku buat pun belum menunjukkan apa-apa lagi...yela as a human..normal la kadang-kadang kurang kesabaran sikit...tapi tu la bila duduk rumah lama-lama ni mula fikir negative je...nasib badan mungkin ALLAH nak uji tahap kesabaran dan keserahan diri aku dekat DIA...

" ya ALLAH jika ini dugaan-Mu buatku..moga Kau titipkanlah kesabaran buat ku dalam mengahadapinya..sedang aku hanyalah hamba-Mu yang sering kali alpa...moga penyudahan yang baik buat ku..ameen"

Insya ALLAH aku mampu bersabar...doa aku hari-hari moga rezeki berpihak pada aku..ameen..tapi kata orang penantian suatu penyeksaan..boleh tahan la..hehehe...
sabarla ye aziela...kamu kan kuat...;)